Wednesday, January 6, 2010

Monday, December 28, 2009

KATA TANYA

Check out this SlideShare Presentation:

Sunday, December 20, 2009

Saturday, December 19, 2009

ASPEK KAJIAN NOVEL

TEMA
Merupakan perkara utama yang ingin disampaikan penulis
PERSOALAN
Merupakan perkara sampingan yang menyumbang ke arah pembentukan tema
WATAK & PERWATAKAN
Watak (orang yang terlibat dalam cerita)
Perwatakan ( sifat luaran dan dalaman yang dimiliki oleh watak)
a) watak utama - adalah fokus @ orang yang paling banyak diceritakan oleh pengarang
b) watak sampingan - adalah watak pembantu kepada watak utama.
LATAR
Ianya terbahagi kepada 3 aspek utama
a) Latar Tempat
Melibatkan tempat sesuatu peristiwa berlaku.
b) Latar Masa
Merujuk kepada masa sesuatu peristiwa dalam cerita dan tempoh cerita itu berlangsung.
c) Latar Masyarakat
Merujuk kepada suasana masyarakat yang diceritakan dalam karya.
PLOT
Susunan jalan cerita atau jalinan peristiwa dalam karya
terdapat dua jenis plot iaitu
i) Plot kronologi - plot yang disusun mengikut ururtan masa
ii) Plot tidak kronologi - plot yang disusun tidak mengikut urutan masa
Binaan Plot
a) Permulaan
-bahagian pengenalan cerita yang memperkenalkan watak, latar dan persoalan awal.
b) Perkembangan
- bahagian konflik atau perumitan yang menyebabkan watak menghadapi masalah.
c) Klimaks
- bahagian kemuncak cerita iaitu masalah yang dihadapi oleh watak adalah berada pada tahap tinggi.
d) Peleraian
- bahagian pengakhiran cerita yang menjurus kepada penyelesaian segala konflik yang dihadapi oleh watak.
TEKNIK PLOT
Merupakan cara pengarang menyampaikan ceritanya.
Antara aspek yang terdapat dalam teknik plot adalah pemerian, dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.
a) Pemerian adalah teknik penjelasan iaitu untuk menerangkan peristiwa atau suasana dalam cerita
b) Dialog adalah teknik percakapan dua atau beberapa watak dalam cerita
c) Monolog adalah seseorang watak yang bercakap seorang diri
d) Monolog dalaman adalah watak hanya bercakap di dalam hati iaitu tanpa meluahkan atau menuturkan kata-kata
e) Imbas kembali adalah watak digambarkan teringat kembali peristiwa yang telah berlaku
f) Imbas muka adalah watak cuba melakarkan peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang
GAYA BAHASA
Merupakan cara pengarang menggunakan kreativiti berbahasa untuk menjadikan sesebuah itu menarik dibaca
Gaya bahasa melibatkan pemilihan perkataan, ayat, peribahasa, bahasa asing dan unsur bahasa seperti metafora, personafikasi, hiperbola, simile dan banyak lagi.
i) Metafora - gabungan dua perkataan yang melibatkan unsur konkrit (boleh dilihat) dan abstrak (tidak boleh dilihat). Contohnya: api kemarahan, laut kehidupan dan ombak perasaan.
ii) Personafikasi - merupakan pemberian sifat manusia kepada unsur bukan manusia. Contohnya: waktu berlari pantas.
iii) Hiperbola - merupakan perbandingan yang melampau atau berlebih-lebihan. Contohnya: kesombongan merajai setiap ruang.
iv) Simile - perbandingan sesuatu dengan perkara yang lain yang menggunakan beberapa kata perbandingan iaitu seperti, bagai, bak, laksana dan umpama. Contohnya: Senyumannya manis umpama madu.
SUDUT PANDANGAN
Merupakan cara pengarang menyampaikan cerita sama ada berperanan sebagai watak atau pencerita. Ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
a) Sudut pandangan orang pertama - pengarang bertindak sebagai watak utama dan membahasakan dirinya sebagai "aku".
b) Sudut pandangan orang ketiga serba tahu - pengarang menceritakan semua tentang watak dalam cerita sama ada secara dalaman mahu pun luaran.
c) Sudut pandangan orang ketiga bebas - pengarang hanya memilih satu watak sahaja dan mendalaminya. watak-watak lain diceritakan secara luaran sahaja.
NILAI
Merupakan perkara-perkara yang baik yang boleh menjadi ikutan atau amalan dalam kehidupan manusia.
contohnya: baik hati, kasih sayang, keberanian, keyakinan dan sebagainya.
PENGAJARAN
Merupakan perkara yang dapat dijadikan iktibar, teladan, dan panduan dalam kehidupan. pengajaran dapat dikutip daripada nilai murni dalam ungkapan berbentuk menasihati. Biasanya menggunakan perkataan janganlah, mestilah, hendaklah dan perlulah.
contohnya: manusia hendaklah sentiasa mengamalkan kasih sayang.

Friday, December 18, 2009

LAWATAN SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN







Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah merupakan sebuah sekolah integrasi pendidikan khas masalah pendengaran. Kami warga DPLI Julai 2009 telah berkesempatan mengikuti lawatan ke sekolah ini sebanyak 2 kali. Saya dan pelajar DPLI yang lain amat bertuah kerana kedatangan kami mendapat sambutan baik dari pihak sekolah terutamanya bahagian pendidikan khas. Banyak pengalaman yang diperolehi di sekolah ini yang dapat dipelajari. Guru Kanan Khas sendiri berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau dalam dunia pendidikan khas khususnya bagi masalah pendengaran, memperlihatkan persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik, penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti, tahap hubungan guru dengan pelajar begitu akrab seperti sebuah keluarga dan pembangunan motivasi yang tinggi. Semoga apa yang telah diperolehi dan dipelajari di sekolah ini dapat diaplikasikan oleh rakan guru DPLI di sekolah nanti...InsyaAllah..